Kacau Bubur Asyura Bersama KRT Batas Lintang
28 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 27 Julai 2024, staf NADi Padang Besar Selatan telah bekerjasama mengadakan acara kacau bubur asyura bersama komuniti Batas Lintang. Program ini berlangsung pada pukul 9:00 pagi sehingga pukul 01:00 tengah hari di NADI Batas Lintang. Antara NADI yang terlibat adalah NADI Batas Lintang, NADI Tambun Tulang dan NADI Padang Besar Selatan.
Melalui program ini, dapat memupuk amalan bersedekah dengan adanya agihan bubur asyura kepada penduduk setempat. Ikatan silaturahim antara NADI dan penduduk dapat dilihat dengan semangat pemuafakatan seperti program ini. Bubur asyura ini disediakan secara gotong-royong oleh staf NADI dan komuniti setempat bermula daripada penyediaan bahan mentah sehinggalah kepada proses memasak, membungkus dan edaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: